Selepas Abah Umum PKP 3.0 Dijalankan Sehari Sebelum Aidilfitri, Ada Yang Tergamak Buat Begini Di Melaka (Gambar)

Hari ini tular di media sosial terutamanya di laman page yang besar dimana beberapa keping gambar menunjukkan satu lokasi di Melaka telah dicemari dengan contengan dinding.

Ayat yang ditulis di dinding menunjukkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan.

Rata rata netizen beranggapan ini berlaku selepas kerajaan mengumumkan PKP sehari sebelum Aidilfitri semalam.

Artikel dibawah dipetik dari Melaka Hari Ini.

Panel iklan di sekitar Sungai Melaka dekat sini menjadi mangsa perbuatan vandalisme apabila diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu gambar yang tular, terlihat contengan bertulis ‘Kerajaan Gagal’ dipercayai menggunakan semburan cat berwarna merah dan hitam hampir di keseluruhan panel iklan di Kampung Air, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius isu vandalisme itu berikutan ia boleh mencemarkan imej Melaka sebagai sebuah pelancongan.

Ujarnya, tindakan tegas boleh diambil kepada pelaku memandangkan isu vandalisme bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan semua pihak.

“Sekiranya tertangkap, pelaku akan dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kejadian berkenaan berjaya diselesaikan segera menerusi tindakan pantas kakitangan PPSPM bersama pihak MBMB yang telah mengecat semula contengan itu.

Beliau berkata, bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi, pihaknya akan menggerakkan pasukan ‘Emergency Response Team’ (ERT) PPSPM bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang akan melakukan pemantauan dengan lebih kerap di sepanjang laluan siar kaki Sungai Melaka.

KOMEN NETIZEN

“Rakyat tertekan skrg ni.. kalau ikutkan masing2 nak je merusuh tp apa kan daya jgn la buat sesuka hati.. Cara nya gitu la wlpn dh jd kerja utk org lain memadam”

“Tu baru melaka . . sikit hari lagi satu malaysia  Sabar pun ada hadnya”

“Nasib baik dlm malaysia, Rakyat tertekan pun paling koman bising dlm socmed je dgn tindakan kerajaan ni, kalu luar negara , aq rse penuh dh jalan org protes”

Sumber : Melaka Hari Ini

Olahan: AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *