‘Dah Stage Tiga..’ Darah Putih Anak Elfira Loy Naik Mendadak, Peminat Doakan Yang Terbaik Harap Tabah

Pelak0n Elfira Loy memaklumkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf kini sedang di rawat di hospital setelah kerap mengalami gejala batuk, selesema dan demam sejak dua minggu yang lalu.

Jelas Elfira, setelah melakukan pemeriksaan darah, doktor mendapati bacaan darah putih anaknya itu dikatakan meningkat dengan agak mendadak.

“Hari pertama di h0spital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.

“Disebabkan dah dua minggu batuk, selsema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.5 kot, normal adalah 11.

“Jadi, d0ktor bagitahu kami yang Rayyan ada microplasma bacteria. Dia akan memberi kesan pada tekaknya. Sebab itu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi hantaran terkini di laman Inst4.gram.

Pada masa sama, Elfira turut berharap agar penyakit pneumonia yang pernah menyerang anaknya satu ketika dahulu, tidak berulang lagi.

“Jadi, sekarang tengah tunggu keputusan x-ray pula untuk lihat ada pneumonia ke tidak. Semoga penyakit pneumonia tak datang kembali. Doakan ye.

“Mommy memang takut hospital. Saya risaukan dia tapi tengoklah dia. Sangat gembira dan riang. Bila doktor nak periksa je dia dah tahu dah rutinnya dan akan bagi kerjasama Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Anak yang sangat kuat, tentu sekali bukan macam saya,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Rayyan lekas sembuh seperti sedia kala.

Sekarang informasi, Elfira telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhamad Faris Khairol Anuar pada tanggal 1 Januari 2019.

Selain Rayyan, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Aria Mikayla.

Sumber:Inst4.gram ElfiraLoy

Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.Pihak kami tidak akan bertanggung jawab lang sung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pem baca kami.

Sila pastikan anda berfikir pan jang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghibur kan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *