Dalam Diam, Kini Iqbal Sudah Bergelar Bapa, Dia Minta Cadangan Nama Anaknya Yang Baru Berusia 7 Hari Sampai Ada Yang Bagi Nama “Mohd Alvida”

Selebriti media sosial dan usahawan popular, Iqbal Zulkefli mengakui yang dia kini sudah bergelar bapa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal, 28, melahirkan rasa bersyukur kerana impiannya untuk mengambil anak angkat akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Begitupun, bekas peserta Big Stage 2022 itu mengakui yang dia masih belum boleh mendedahkan wajah anaknya yang baru berusia tujuh hari.

“Allah SWT makbulkan doa saya. Jantinanya lelaki dan belum ada nama. Tali pusat pun belum gugur lagi. Saya tidak boleh tunjukkan muka,” katanya.

Iqbal turut berjanji untuk menjaga anak angkatnya itu dengan sebaik mungkin, termasuk menjaga makan, pakai dan keperluan asas.

“Bayangkan saya bela kucing dua ekor, urus perniagaan lagi dan pelbagai pekerjaan lain. Saya seorang tapi saya sempat buat. Cuma rumah tidak terurus sikit.

“Sesekali saya akan bagi pada ibunya jaga dan ambil semula. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik dan disayangi semua orang,” katanya.

Dalam masa yang sama, Iqbal turut memberitahu yang dia tidak akan mengizinkan sesiapa untuk memegang atau mencium bayinya.

“Saya balik raya nanti tidak ada siapa boleh pegang dan cium (bayinya). Saya minta maaf. Cuma saya sahaja yang boleh menciumnya. Ini amaran tegas,” kata Iqbal.

Dalam waktu yang sama, Iqbal turut meminta cadangan daripada orang ramai untuk memberikan nama kepada anaknya itu.

Begitupun, muncul nama-nama yang lucu hasil kreativiti netizen yang meninggalkan komen.
“Bagi nama Mohd. Alvida.”

“Ahmad Ramadhan Iqbal, Ahmad Muhammad atau Rizky Ramadhan.”

“Letak nama Aaron Dzakwan.”

Terdahulu, Iqbal pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi bermula dengan isu ingin berkahwin usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sehinggalah percubaannya menjadi penyanyi menerusi single sulung berjudul Hujan tahun lalu sehinggalah penyertaannya menerusi Big Stage 2022.

SUMBER:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas k0men-kom3n yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pasti kan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda di sini. Pihak kami juga tidak mam pu untuk memantau kesemua k0men yang di tulis disini. Segala komen adalah hak dan tang gung jawab anda.

Semen tara itu, anda bo leh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghibur kan di bawah ini yang dik0ngsi kan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *