Dapat Phone Secondhand Lepas Beli Di SengQ, Lelaki Ini Hilang Sabar Dan Hempas Phone. Selepas Disiasat Ini Yang Terjadi Selepas Itu

Siapa yang tak marah bila dapat tahu barang yang dibeli dari kedai yang disangka boleh dipercayai menjual barang yang berkualiti ternyata menjual barangan ‘secondhand‘ dan cepat rosak.

Itulah nasib seorang pelanggan yang berkongsikan pengalamannya melalui rakaman video setelah ‘ditipu’ oleh sebuah kedai elektronik yang terkenal di negara ini.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Sampin Eksklusif Terengganu, akaun berkenaan berkongsikan video rakaman daripada lelaki tersebut yang memarahi pekerja-pekerja di kedai elektronik itu.

(VIDEO) Kedai Barangan Elektronik Terkenal ‘Kantoi’ Jual Barang ‘Secondhand’ Dekat Pelanggan

Melalui video itu, lelaki berkenaan marah disebabkan telefon bimbit yang dibeli tidak sampai 28 jam telah rosak dan ‘menyerang’ pekerja-pekerja di kedai berikut akibat rasa dirinya ditipu.

Dikatakan, telefon yang disangka baru rupa-rupanya adalah barang ‘secondhand’ membuatkan pelanggan itu tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kesal dengan kedai berkenaan.

VIDEO:

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki itu dan ada juga yang mendedahkan bahawa kedai tersebut memang pernah disyaki menjual barang ‘secondhand’ dengan harga ‘retail’.

Seng Heng Tampil beri penjelasan

PENGUMUMAN

Yes hello kepada pihak berkepentingan utama kami —pelanggan setia, pelabur, dan rakan sekerja kami.

Pada 6 Mei 2022, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pihak kami mendapat tahu bahawa adanya seorang pelanggan tidak berpuas hati dengan telefon pintar HONOR X9, yang dibeli di cawangan senQ ioi Puchong, syarikat seinduk kami.

Memandangkan isu ini hangat dipertikaikan di media sosial, satu siasatan telah dijalankan bersama rakan kongsi kami, HONOR, dan kami ingin menjelaskan perselisihan yang timbul mengenai syarikat kami:

1) Peranti yang dibeli oleh pelanggan tersebut adalah unit baru sepenuhnya. E-mel rasmi telahpun dihantar dan dibalas oleh rakan kongsi kami, HONOR, yang telah mengesahkan unit tersebut adalah unit baru, dengan tarikh Jaminan Rasmi bermula pada 6 Mei 2022.

2) Pelanggan telah memeriksa keadaan peranti tersebut ketika proses pembelian, dan ini telah pun dibuktikan oleh rakaman video di dalam kedai kami sendiri.

3) Setelah mengetahui kes ini, pasukan kami telah menghubungi rakan kongsi kami, HONOR, dengan segera dan pelanggan telahpun menerima penjelasan dari rakan kongsi kami, HONOR.

Sebarang kenyataan dan pandangan dari pihak ketiga yang terbit akibat isu ini tidak mencerminkan nilai Senheng dan senQ secara keseluruhannya.

Kami berazam untuk terus menjadi jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang sedia berkhidmat untuk menyediakan perkakas elektrik dan gajet digital.

Pihak kami juga sedang bekerjasama dengan pasukan Khidmat Pelanggan dan Penasihat Undang-undang kami untuk menentukan tindakan terbaik seterusnya.

Kami juga ingin memuji kakitangan kami di senQ ioi Puchong kerana kekal tenang sepanjang isu ini berlaku, dan mengikuti Prosedur Operasi yang telah ditetapkan. Tindakan anda adalah teladan untuk industri kami.

Terima kasih atas perhatian anda, dan kami akan terus memberikan pengalaman jenama yang lebih baik untuk semua.

Sumber : Beautiful Nara / Seng Heng Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *