Datuk AC Mizal Tampil Bersuara Apabila Dia Dikatakan Manjakan Anak, Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anaknya

Pengacara popular, Datuk AC Mizal menegaskan pemberian kereta mewah Mercedes Benz C300 yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 kepada anak lelakinya, Muhammad Reeve Damien sempena ulang tahun ke-18 adalah untuk mengajar anaknya menjadi lebih dewasa dan matang.

AC Mizal berkata, video kejutan yang dikongsikan di media sosial bukanlah untuk memberi contoh kepada ibu bapa lain, sebaliknya atas keinginan diri yang sudah berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anaknya itu.

“Sebenarnya pemberian itu supaya dia jadi lebih dewasa dan bukan budak-budak lagi. Saya dan isteri pun sudah siapkan stesen TV untuk dia warisi, jadi sudah tiba masanya dia lebih matang dalam menjalani kehidupan dan berdikari.

“Tiada istilah mahu manjakan anak kerana saya menganggapnya perkara normal. Saya sudah bekerja kuat selama ini dan apa salahnya untuk saya hadiahkan anak saya kereta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

“Walaupun ada yang berpendapat sebegitu selepas saya kongsikan di media sosial, tapi saya tiada niat nak cerita kepada orang kerana pengikut dia media sosial juga ada ramai kenalan saya.

“Saya bukan nak bagi contoh kepada ibu bapa lain, tapi lebih kepada diri sendiri nak hadiahkan sesuatu kepada anak. Saya pun dah tua jadi sudah tiba masanya saya menikmati kehidupan ini bersama keluarga,”katanya ketika ditemui pada majlis Jom Raya Setikar bersama iQiyi yang diadakan di sebuah restoran di sini, semalam.

Menurut AC Mizal, pada mulanya dia mahu menghadiahkan sebuah kereta ‘sport’ dua pintu, namun anaknya menolak kerana memikirkan keselesaan serta kesukaran untuk membawa ahli keluarganya bersama nanti.

“Saya dan isteri memang sudah lama menyimpan impian untuk belikan Damien sebuah kereta sebaik dia berusia 18 tahun.

“Pada awalnya saya tawarkan dia kereta ‘sport’ dua pintu tapi dia menolak kerana alasannya nanti susah nak bawa nenek, adik serta famili. Dia nakkan kereta yang miliki empat pintu dan kami pun akhirnya memilih Mercedez Benz C300 selepas pa uji beberapa kenderaan lain.

“Ketika saya belikan kereta ini dia akui takut dan bimbang jika kereta itu tercalar atau terbabit kemalangan, tapi saya cuba yakinkan dia kerana tiada seorang pun bawa kereta untuk langgar orang,”katanya.

Terdahulu sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang ke-18, pasangan selebriti AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida menghadiahkan kereta mewah berkenaan kepada Muhammad Reeve Damien.

Emylia menerusi perkongsian di TkT0k berharap anak lelakinya menjadikan hadiah itu sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih menimba ilmu dalam segala aspek kehidupan.

SUMBER:HMETRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *