Datuk Nora Ariffin Dikatakan Sudah Kahwin Dengan Menteri Tan Sri Annuar Musa, Tuan Badan Nora Sendiri Tampil Beri Penjelasan

Hujan tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba nama Datuk Nora Ariffin dikaitkan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Menerusi beberapa ciapan di Twitter, penyanyi itu dikatakan telah bergelar isteri kepada Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi satu kenyataan di IG, Nora bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Bukan cari umpan besar

Jelas Nora, walaupun bergelar ibu tunggal setelah kehilangan suami empat tahun lalu, ianya bukan ‘tiket’ untuk orang ramai memfitnah dirinya. Tambah Nora, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk hidup mewah dengan menggunakan jalan pintas.

Sungguhpun saya telah kehilangan arwah suami, janganlah memfitnah dan menuduh saya bukan-buakn. Ianya tidak benar. Dari 4 tahun lalu, hingga ke hari ni, hidup saya tetap sama saja, tetap meneruskan perjuangan demi masa depan anak-anak. Kerja siang mlm, kehulu kehilir cari rezeki utk menyara keluarga, bukan mencari umpan besar.

Namun Nora mengakui dirinya terpaksa berjumpa dengan ramai orang terutama orang kenamaan bagi berurusan soal kerja. Bercakap mengenai jodoh, Nora tidak menolak jika satu hari dipertemukan jodoh dan akan memberitahu berita gembira itu kepada peminat.

Andai kata direzekikan Allah swt, saya akan maklumkan, bina masjid adalah benda yg baik. Berkahwin adalah sunnah & ibadah juga. Sama2 doakan yg baik- baik.

Sumber: Nora Ariffin Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *