Dengan Penuh Rasa Bongkak, Lelaki Positif C0vid19 Ini Beritahu Dia Ingkar Kuarantin Dan Sudah Keluar Ke Merata Tempat, Ini Tindakan Pihak Berkuasa Tentang Hal Ini

SHAH ALAM – Polis sedang menyiasat kes tular seorang individu yang mendakwa dirinya keluar ke tempat umum walaupun disahkan positif Covid-19.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima satu laporan polis oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya sahkan kita ada terima satu laporan yang dibuat seorang doktor.Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook baru-baru ini yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan saringan di sebuah klinik di Pandan Perdana, Ampang pada 20 Januari lalu.

Lelaki itu bagaimanapun mendakwa dia tidak dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat selepas tiga hari disahkan positif.

Dalam nada marah, lelaki itu memberitahu sepanjang tempoh berkenaan, dia bebas keluar rumah termasuk membeli makanan dan membeli-belah, sekali gus menyebarkan virus terbabit kepada orang ramai.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen amat tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan kerana boleh merisikokan individu lain terutama golongan tua serta anak kecil.

Sumber:SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih, nyatakan pendapat anda dalam hal ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

One comment

  1. Harap pihak yg berkenaan tembak je org ni dari membiarkan dy menyusahkan org ramai.. Org cmni, patutn6a tembak bg mati je.. Dasar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *