Berani, Wanita Cantik Jalani Kuarantin Sendirian Di Pondok Dalam Hutan Tarik Perhatian Ramai

Seorang wanita di Indonesia menjadi tular kerana menjalani kuarantin kendiri secara berseorangan di dalam hutan dengan tinggal di sebuah pondok, lapor laman berita Merdeka hari ini.

Wanita yang memuat naik video dia menjalani kuarantin menerusi akaun TlkT0k miliknya itu memberitahu, dia tinggal di situ selama sebulan dengan hanya ditemani oleh haiwan-haiwan.

“Saya menjalani kuarantin kendiri yang betul-betul secara bersendirian. Anda semua pasti tidak percaya.

“Saya tinggal di sebuah pondok selama lebih sebulan dan saya bersendirian di sini kerana positif C0vld19,” katanya.

Tambah wanita tersebut, disebabkan dia berada di dalam hutan, dia tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik.

“Saya tidak mempunyai sumber tenaga elektrik, jadi saya mengecas telefon bimbit menggunakan peranti pengecas yang menggunakan tenaga suria.

“Bagi mendapatkan cahaya lampu pula, saya menggunakan bateri,” ujarnya.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

Sementara itu, wanita itu mengakui keadaan ketika waktu malam dirasakan amat sunyi sehinggakan yang kedengaran hanyalah bunyi katak dan cengkerik.

“Saya boleh memasak dan makan sendiri selain tandas juga berada berdekatan yang membuatkan saya tidak takut.

“Lampunya pula ada masanya terpadam dan ada masa menyala,” katanya.

SUMBER: Agensi Via KOSMO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *