‘Dia Pvkul Saya Sampai Masuk Hospital 3 Kali’ Luahan Wanita Melayu Ini Kahwin Dengan Mat Salleh Biawak Buka Mata Orang Ramai

Perkongsian seorang wanita di Facebook mengenai bekas suaminya berbangsa Sweden tular di media sosial sejak Jumaat.

Dalam hantaran terbabit, wanita berkenaan mendedahkan bekas suaminya telah berkahwin dengan ‘wanita simpanan’ yang berbangsa Melayu di Langkawi demi meloloskan diri daripada kepompong kemiskinan di Sweden.

“Ini bekas suami saya dan ‘wanita simpanannya’. Mereka telah berkahwin di Langkawi kerana dia mahu melarikan diri daripada belenggu kemiskinan di Sweden.

“Mereka berdua telah menipu saya ketika saya sedang bersusah payah melakukan dua kerja dalam satu hari. Dia (wanita itu) perosak rumah tangga.

“Bekas suami saya tinggal bersamanya ketika saya menghambakan diri untuk menyaranya ke kolej, membelikan insurans dan menyediakan perbelanjaan untuknya,” kata wanita berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila berlaku campur tangan orang ketiga dalam rumah tangga mereka sebelum memutuskan untuk berpisah.

“Isteri barunya memaksa saya memberikannya RM1,500 sebulan sebagai salah satu syarat untuk kami bercerai.

“Bolehkah seorang wanita muslim yang belum berkahwin tinggal bersama lelaki yang sudah berkahwin? Bukankah ia melanggar hukum agama?” tambahnya.

Malah, wanita berkenaan didakwa telah menemarkan nama baik dengan menyebarkan fitnah terhadap bekas isteri suami baharunya.

“Berhati-hati dengan siapa kamu berpacaran kerana segelintir orang berhati jahat dan punyai pelbagai motif. Dia terlalu malas untuk mencari pekerjaan sepanjang perkahwinan kami.

“Malah, dia pernah melakukan keganasan dan saya pernah dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali kerana dipukul,” dedah wanita itu lagi.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet, yang menyifatkan biawak hidup tidak mengira latar belakang dan asal-usul.

“Janji mat salih. Dah habis bangga dah tayang bila balik kampung.

“Tak kira bangsa apa, negara mana biawak hidup ada je.

“Good luck. Ada sejarah pukul bini, lagi nak kahwin dengan jantan kaki pukul. Alahai cinta konon.. tumpang gembira buat ex-wife,” demikian tulis beberapa pengguna media sosial.

Bagaimanapun, salah seorang teman rapat wanita yang menjadi mangsa lelaki Sweden itu tampil berkongsi cerita.

“Er*c* datang ke tempat kerja lama saya untuk mendapatkan bantuan. Masa dengar cerita kena pukul tu, dada rasa nak pecah tahan sebak dan geram,” ciapnya.

SUMBER:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *