Isteri ShukSahar, RossaSera Dedahkan Mesej Yg Dia Terima Daripada Shuk Yg Sudah Lama TidakBerjumpa

Keretakan hubungan rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera bukan lagi rahsia apabila kisah mereka pernah beberapa kali mendapat liputan media.

Malah, wujud orang ketiga yang dikatakan menjadi punca perbalahan pasangan ini.

Namun, adakah perkongsian terbaru Rossa di IG petanda mereka berdua bakal bersatu semula?

Rossa dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada Shuk berserta emoji love dan menceritakan anak-anaknya iaitu Ain dan Amy turut gembira.

Menerusi semakan pihak OHBULAN! Rossa menerusi Instastory sempat berkongsi beberapa tangkap layar mesej daripada seorang individu yang dipercayai Shuk Sahar.

Mesej itu memberi gambaran invididu tersebut memohon maaf atas apa yang terjadi kepadanya dan meminta peluang supaya mereka kembali bersatu.

MESEJ DARIPADA SHUK KEPADA SERA

Suami saya, hak saya.." - Perli netizen? Ramai bengang dengan isteri Shuk

I minta maaf. Masih ada peluang ke untuk kita bersatu balik?

You dalam tempoh ini. Kalau boleh jangan lah buka hati you dulu untuk orang lain ye.

Mengulas lebih lanjut, individu berkenaan sekali lagi memohon maaf jika permintaannya dianggap ‘keterlaluan’ dan meminta supaya Rossa tidak melayan individu yang tidak dikenali.

I minta maaf kalau apa i minta ini macam selfish (pentingkan diri).

By the way, jangan makin cantik sangat. Jangan nak melayan direct message orang.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Sumber: Rossa.Sera via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *