Terlekat Kat Cermin, Dikatakan Kejar BF Dengan Perempuan Lain Dalam Kereta, Pihak Berkuasa Tampil Beritahu Punca Kejadian

P0lis membuka kertas siasatan berhubung kemalangan mot0sikal dan kereta di lampu isyarat Jalan Sempadan, di sini selepas vide0 kejadian itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Video 12 saat yang dirakam dari ‘dashcam’ kereta itu menampakkan dua beranak menunggang motosikal dipandu secara melulu melanggar lampu isyarat merah.

Akibatnya motosikal terbabit merempuh bahagian tepi kereta dan menyebabkan penunggang motosikal jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Bagaimanapun kedua-dua dilaporkan selamat dan mengalami kecederaan ringan.Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku 2.20 petang, Ahad lalu membabitkan motosikal ditunggang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.

VIDEO

Menurutnya, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal terbabit yang tidak mematuhi lampu isyarat merah dan menyebabkan pelanggaran berlaku dengan Perodua Myvi dipandu jurutera berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.

“Setibanya di lokasi, lampu isyarat hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu datang dari arah sebelah kanan dan terus melanggar bahagian tepi kenderaan.

“Melalui rakaman yang tular iti juga penunggang motosikal itu percayai tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya ketika dihubungi media.

Tambahnya lagi susulan kejadian tular itu pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Rule 10 LN166/59.

SUMBER: HMetro & Sensasi Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *