Salah seorang bakal juara GegarVaganza 9 (GV9) Shila Amzah mengakui dia pernah terfikir untuk mengambil jalan mudah untuk kurus dengan melalui prosedur memasuki belon dalam perut.
Kurang keyakinan diri disebabkan menjadi mangsa ‘b0dy shaming’, Shila bagaimanapun enggan melalui prosedur itu kerana bimbang ia akan memudaratkan peti suaranya.
“Tahu tak kalau telan belon boleh merosakkan peti suara. Saya dah fikir semua risiko semua. Sudah tentu saya ada terfikir untuk lakukan prosedur itu. Sebab saya ada perasaan ins3cure.
“Tapi saya tak berani nak lakukan sebab kemungkinan untuk masukkan belon itu akan lalu di peti suara. Saya pula jenis suka baca benda yang tak sepatutnya kita lakukan.Saya tak pernah jumpa doktor tapi ada buat research sendiri la. Bila orang selalu b0dy shaming kita sehingga buat kita rasa down, macam rasa nak macam untuk buat orang berhenti bercakap.
“Jadi sejujurnya saya da buat research, g00gle, tengok video… bukan la senang tapi saya pilih untuk workout,” kata Shila kepada Gempak.
Berkongsi mengenai aktiviti sihatnya, Shila memberitahu dia mula aktif melakukan senaman di gimnasium, bermain badminton dan menyertai kelas Muay Thai sejak empat bulan lalu.
“Saya dah mula workout sejak empat bulan lalu dan baru sekarang nampak perubahan dari segi metabolisme jadi elok, dan saya pun sangat aktif bersukan… dalam empat kali seminggu juga.Dengan sibuk dengan perjalanan dalam GV9 ini. Bila kita ada misi dan visi, kita jadi semangat. Sebab misi pertama saya adalah stamina,” ujarnya.
Sementara itu, Shila berkata semua selebriti mempunyai hak untuk memilih apa yang terbaik untuk badan mereka namun dirinya mahu mengambil jalan yang sihat.
“Itu hak masing-masing… mereka boleh fikir apa yang terbaik untuk mereka. Untuk diri sendiri, saya pun masih muda, saya rasa lebih baik ambil jalan lebih sihat dan aktif,” katanya.
SUMBER:GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.