Disebabkan Semakin Kurus Tuju KClique Kena ‘C0p’ Ambil Bahan Terlarang, Sekali Saiful Apek Tampil Bersuara Sebab Dirinya Turut Terkait Sekali

Pelawak terkenal, Saiful Apek menyeru kepada semua pihak agar berhenti melabelkan orang lain dengan gelaran gelaran yang tidak elok.

Ia susulan selepas namanya turut terpalit kerana ramai yang terkejut melihat perubahan terkini penyanyi Tuju yang didakwa semakin kurus.Ada men d4akwa bentuk badan Tuju sudah hampir sama seperti Saiful kerana didakwa mengambil bahan terla4rang.

Lantaran itu, Saiful beranggapan, tindakan memburukkan orang lain ini langsung tidak menampakkan diri kita jauh lebih baik.

“Pada saya, cantik bangsa pada bahasanya. Hargailah bahasa kita. Kurus macam lidi. Besar macam badak. Kenapa kita lupa pada perumpamaan sedia ada sebaliknya kita samakan pula dengan individu.

“Pada saya, kenyataan ini adalah mengaibkan. Memburukkan orang, tidak menampakkan kita lebih elok. Cuba kawal diri.

“Memang fitrah manusia ada khilafnya tapi cuba tahan diri untuk berbuat dosa pada orang lain. Akhirnya nanti, di akhirat kelak, kita kena menjawab segala perbuatan kita. Berbaloi ke buat silap dengan manusia?,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan Senario ini ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke 32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Tambah Saiful lagi, senario seperti ini semakin kerap berlaku disebabkan tiada keterbatasan untuk bercakap apa sahaja di m3dia s0sial.

“Saya rasa kita kena hentikanlah khabar-khabar angin seperi ini. Kita pun tak tahu sampai bila kita hidup. Penyakit sosial sekarang ini sangat kritikal.

“Kuasa menulis juga sudah berbeza. Dahulu yang menulis hanyalah wartawan. Sama ada mahu menulis atau membaca. Itu sahaja platf0rmnya.

“Kini kita sudah ada kebebasan. Jadi, memang benarlah kita di hujung zaman. Nak tegur lebih-lebih pun saya tak cukup baik. Saya pun dalam proses perbaiki diri,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai perasaan anak-anaknya bila bapa mereka dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, Saiful memberitahu, mereka sebenarnya sudah lalu i dengan hal-hal sedemikian

“Mereka sudah cukup matang. Perangai mereka sama juga macam saya kerana saya terapkan melalui contoh dan bukan kata kata. Contoh yang baik membuatkan mereka lebih faham.

“Saya mahu mereka belajar nikmat bersabar. Mereka yang bercakap buruk fasal orang lain ini, hikmahnya bukan kepada mereka sahaja, kita juga akan belajar sesuatu. Keduanya sedang diuji,” akhirinya.

SUMBER:MH

Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsi kan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *