Diselar Teruk Kerana Buat Akaun TikTok, PU Azman Tampil Buka Mulut Beri Penjelasan

Gara-gara mencipta akaun Tik Tok, pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik segelintir pihak kerana dikatakan sengaja melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan.

Tidak mahu tindakan disalah erti, PU Azman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.Menurut PU Azman, aplikasi tersebut hanyalah merupakan salah sebuah medium perantaraan dan terserah kepada diri sendiri untuk menentukan ‘content’ yang ingin dicari.

“Post pertama di tik tok. Cuba-cuba je.Sikit-sikit dulu. Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada.

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat.Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” tulisnya.

Reaksi tersebut dikongsikan oleh juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan selain turut berharap agar lebih banyak ‘content’ menarik yang akan dikongsikan oleh PU Azman selepas ini.

Beberapa hari lalu, penceramah bebas dan pelakon, PU Azman atau dikenali sebagai Cik Man dikecam netizen gara-gara memaklumkan dia sudah mempunyai akaun TikTok.

Salah seorang netizen berpendapat TikTok bukan saluran yang bagus meskipun apa yang mahu Cik Man sampaikan adalah perkara yang bermanfaat.

“Rasanya tak payah lah Cik man nak buat akaun TikTok ni. Lagi-lagi ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini. Budak-budak sekolah lagi aktif dengan TikTok.

“Meskipun Cik Man salurkan benda yang positif tapi ada sampingan yang Cik Man kena tahu iaitu sebelum mereka buka TikTok, mesti ada video gambar-gambar pempuan tak tutup aurat sedang gelek sana sini. Lebih baik Cik Man buka saluran di YouTube atau di Instagram,” komen salah seorang netizen.

Terdahulu, PU Azman mengumumkan dirinya bakal tampil dengan telemovie terbaru berjudul Petaka yang akan bersiran disaluran Astro First.

Sumber: Instagram PU Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *