Elyana Sudah Dimasukkan Ke H0spital Kerana Sakitnya, Minta Orang Ramai Doakan Untuknya Dan Kongsi Pengalaman

Umum mengetahui, penyanyi, Elyana sudah dimasukkan ke sebuah hos pital di sekitar Selangor, bagi menjalani rawatan kimo terapi.

Terbaru, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini merayu kepada orang ramai agar tidak menceritakan pengalaman kenalan rapat mahupun keluarga mereka yang tewas kerana ka nser.

Saya sedang bertarung

Pada saat saya sedang menjalani rawatan chemotherapy. Saya merayu sangat-sangat kepada anda yang ingin menceritakan pen galaman kenalan rapat anda yang tewas kerana ka nser dihentikan. Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakut-nakutkan pesakit yang sedang sa kit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan.

Di Instagram, Elyana memohon kepada semua pihak agar berhenti menceritakan pengalaman yang menakutkan terutama melibatkan pesakit kanser. Ujar Elyana, dia sedang bertarung dengan mental dan fizikalnya sendiri pada waktu ini. Oleh itu, dia tidak mahu kisah-kisah tersebut membuatkan emosinya terjejas.

Mungkin yang ketiga baru dapat tahu

Dalam perkembangan lain, Elyana ber syukur sesi kim oterapi yang pertama sudah berjalan dengan baik. Jelas Elyana, doktor tidak boleh nampak atau bercakap mengenai sebarang perkembangan selepas sesi pertama dan kedua kimo terapi. Namun, sesi ketiga dan seterusnya barulah mereka akan mengetahui mengenai perkembangan dan kesan daripada sesi kimoterapi yang sudah dilakukan itu.

Elyana turut memohon doa daripada semua pihak agar dia mampu melawan penyakit kanser ini. Pada masa yang sama, dia mahu pulang ke rumah dengan segera untuk bersama anak-anaknya. Terdahulu, Elyana mengambil keputusan untuk masuk ke ho spital selepas lebih daripada sebulan menahan sakit dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain.

Sumber: Elyana Via OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *