Doktor Ini Pelik Kenapa Drama Melayu Ini Suka Buat Babak Yang Tak Masuk Akal

Drama Camelia yang bersiaran di slot Samarinda melabuhkan tirainya tempoh hari, menamatkan segala konflik yang berlaku dalam drama berkenaan.

Namun, satu babak dalam episod 2 akhir di mana salah seorang watak terkena simbahan asid dan dirawat, menerima kritikan di laman sosial.

Apa fungsi face mask tu?

Seorang doktor, Dr Muhammad Izzat di Twitter mempersoal tindakan produksi drama berkenaan yang menunjukkan watak Marina lakonan Ain Edruce terkena simbahan asid dengan balutan seperti mumia.

Tambah kelakar, setelah dibalut keseluruhan wajahnya, dipasangkan pula topeng bantuan pernafasan untuk menunjukkan betapa seriusnya rawatan diterima.

Mungkin disengajakan?

Ada netizen yang berpendapat tindakan itu disengajakan untuk membuatkan drama demikian trending di laman sosial.

Setelah viral di laman sosial, rating drama akan meningkat setelah menjadi bualan netizen.

Macam mumia Didi and Friends

Setakat ini tiada apa apa penjelasan dari team produksi drama tersebut. Mesti ada sebab kan .. kita tunggu je nanti.

Sumber : OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *