Dua Pelajar Sekolah Positif C0vid19, Dan Ini Kata-kata Pengarah Pendidikan Selangor Tentang Perkara Ini

Klang: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandamaran Jaya, dekat sini, disahkan positif Coviid19.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman ketika dihubungi mengesahkan terdapat kes positif di sekolah berkenaan.

Katanya, kedua-dua pelajar berkenaan yang juga adik-beradik disyaki dijangkiti wabak itu daripada abang mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah berhubung dan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya malah perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa kerana proses sanitasi sudah dilakukan.

Difahamkan, dua pelajar berkenaan sudah dikuarantin dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sudah melawat sekolah berkenaan tengah hari tadi.

Terdahulu, beberapa pesanan dari aplikasi WhatsApp yang menyatakan terdapat dua kes aktif di sekolah berkenaan tular sejak semalam.

Menurut pesanan itu, pelajar tidak dibenarkan ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bengkel dan lain-lain untuk meminimumkan pergerakan.

115 kes baharu Covid-19

Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan 115 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 11,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 115 kes baharu itu, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 112 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitkan satu individu warganegara dan dua bukan warganegara.

“Bagi 115 kes penularan tempatan, sebanyak 98 kes membabitkan warganegara manakala 14 bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini mendapati Sabah kekal tertinggi iaitu 124, Selangor (11), Kuala Lumpur (6) dan Pahang (4),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 54 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,889 kes iaitu 89.62 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1011 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan hari ini,” katanya.

Kredit:Hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *