Dulu Karipap Angin, Kali Ini Muncul Donut Bomboloni Angin. Ada Tanya Beli Kat Mana, Ini Jawapan Lelaki Itu

Sebelum ini selalu kita dengar tentang karipap angin atau nama terbaru adalah karipap oksigen.

Karipap yang intinya kosong ini selalu muncul ketika bulan Ramadan yang mulia. Bila di bulan puasa memang ramai yang tidak pernah berniaga makanan tiba tiba terjun untuk merebut rezeki.

Tetapi ada segelintir dengan mencari duit lebih dengan tidak jujur apabila menjual dan ini yang terjadi dengan karipap oksigen.

Tolong Jangan Jual Karipap Inti Oksigen — MYKMU.NET

Tetapi kali ini muncul pula satu lagi ‘produk’ baru dan ianya adalah donut bomboloni oksigen.

Satu video yang telah tular di semua laman sosial media menunjukkan seorang pengguna Twitter @si_darwish berkongsikan video bagaimana dia beli donut kosong.

Laris Manis! Penjual Ini Mampu Jual 800 Donat Bomboloni dalam 1 Jam

Gambar hiasan

Dari luar nampak seperti ada inti seperti coklat, strawberry tetapi disaat dia buka donut ternyata semua itu dusta.

Dia dan rakan-rakan seolah-olah ditipu apabila kuih itu dibelah, intinya sangat sedikit dan tidak mencukupi. Kesian sungguh.

VIDEO:

Rata rata netizen meninggalkan komen kecewa dan marah dengan sikap peniaga yang menipu pelanggan.

Dimana dia beli donut angin ini?

Menurut @si_darwish donut tersebut dibeli didalam sebuah kampus Universiti tetapi tidak dinyatakan Universiti yang mana.

Di dalam twit beliau ada dia nyatakan dari Uitm tetapi samada benar atau Uitm yang mana satu juga tidak dapat dipastikan.

Di ruangan komen, orang ramai menyelar tindakan peniaga yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Bayangkan korang dah mengidam nak makan bomboloni tu, tiba-tiba dapat inti oksigen. Memang kecewalah kan.

Diharapkan peniaga lain ambil iktibar daripada situasi ini, janganlah ambil kesempatan demi keuntungan semata-mata.

Sumber: @si_darwish (Twitter)

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *