Datin Eina Azman Borong Sampai 6 Troli Penuh Kena Kecam Netizen. Ini Respond Kenapa Dia Ambil Barang Terlalu Banyak

PELAKON Datin Eina Azman berang apabila dituduh kononnya mementingkan diri dan berbelanja besar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Mengakui dakwaan netizen itu benar, Eina menjelaskan barangan yang dibeli itu bukan untuk kegunaannya sahaja malah untuk ahli keluarga yang lain.

“Saya rasa this girl nak popular atau memang suka nak bercerita hal orang. Apa masalah awak nak tag nama saya dan komen saya di Instagram kawan saya Betty Rahmad?

“Pertamanya saya memang beli enam troli sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan adik ipar saya yang berkeluarga besar! Jadi apa masalahnya? Saya tak fikir orang?

“Kalau saya tak fikir orang… saya tak akan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin hari itu,” katanya.

Eina menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di salah satu foto yang dimuat naik di Instagram milik Betty.

“Tanya Eina… sebab hari itu nampak dia shopping borong habis sampai enam troli… penuh semua dalam tu, kasihan tak fikir orang lain,” tulis netizen tersebut.

Bagaimanapun, hasil carian mendapati komen tersebut telah dipadam.

Sementara itu, Eina meminta individu berkenaan tidak mencampuri urusan orang lain sehingga boleh menimbulkan fitnah yang tidak benar.

Malah, dia mengakui tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Maaf bukan nak riyak atau apa-apa. Saya tanpa ada masalah pun sentiasa menolong orang tak mengira bangsa atau agama.

“So, please mind your own bussiness! Jangan tahu nak mengata dan bercerita hal orang. Terima kasih…. untuk semua yang bercerita tentang saya beli enam troli,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *