Erra Fazira Luahkan Rasa Lega Sudah Semakin Pulih Dan Boleh Balik Rumah

Primadona Erra Fazira yang dimasukkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya pada Khamis minggu lalu akibat demam denggi akhirnya semakin pulih dan telah dibenarkan pulang hari ini.

Dalam satu entri yang dikongsi di Instagram miliknya, Erra Fazira mengucapkan syukur kerana semakin pulih daripada demam denggi yang dialaminya.

“Alhamdulillahhhhh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya. Syukur platelet dah ada peningkatan. Dah boleh balik dan monitor dari rumah.

“Terima kasih kepada Dr shamsul dan nurses yang sangat baik melayan saya sepanjang berada di dalam hospital. Moga Allah membalas kebaikan semua,” tulis Erra pada satu entri di Instagramnya.

Erra turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman rapat yang sempat hadir menziarahnya di hospital.

“Terima kasih kawan-kawan yang sempat hadir ziarah. Maaf bukan tak kasi kawan-kawan datang, tapi dengan keadaan covid19, tidak digalakkan datang ziarah ramai-ramai.

“Yang penting titipan doa kalian sangat-sangat bermakna buat saya. Love all of you to the moon and back,” coret Erra beserta beberapa keping gambar bersama mereka yang sempat datang menziarah.

Khamis minggu lalu Erra dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam sejak tiga hari sebelumnya. Beberapa komitmen kerja seperti mengacara program Mingguan Wanita dan Go Shop terpaksa ditunda sehingga dia sembuh.

Kredit:Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *