Ini Berita Baik Untuk Penduduk Lembah Klang Selepas PM Ismail Sabri Umum Peralihan Dari Fasa 1 Ke Fasa 2 Bermula 10hb

Berita baik untuk penduduk kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya apabila kerajaan bersetuju membenarkan peralihan Fasa 2 berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa itu sekali gus membolehkan tiga negeri itu dibenarkan rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutama seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

KENYATAAN PENUH ISMAIL SABRI

Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali. Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2.

Komen Netizen:

Terbaik Pak Long. #semoga kelonggaran yg diberi diguna sebaik mngkin #kita Jaga kita #kita mesti menang

Ya allah. Rakyat selangor kl dah berbunga hatinya. Selalu kami melihat keriangan org shj. Semoga ianya kembali pulih secepatnyaa… Aamin. Terima kasih paklong.

Salam Dato’, saya peminat Dafi. Masa AF dulu saya undi dia sampai habih kredit. Tu je la nak bagitau.

Thank lah bagi kelonggaran pada dahh full vaksin boleh blik jumpa emak ayah… But xsokong fasa ke 2 pada tempat yang banyak kes… Kes makin banyak di tempat tertentu so tolong pertimbangkan

Sumber : Utusan Online / FB Ismail Sabri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *