Filem Animasi Frozen 2 Akan Dialih Suara Dalam Hindustan. Mesti Anda Teruja Bila Tahu Siapa Akan Jadi Elsa Dan Anna

Let it go, Let it go … Frozen, antara filem animasi antarabangsa yang menjadi sebuah fenomena di kalangan kanak kanak.

Hampir setiap masa lagu Frozen atau filem itu sendiri akan dimainkan oleh kanak kanak. Kalau tengok anak anak kecil yang bermain gajet seperti tablet atau handphone pasti bila anda lihat mereka sedang buka Youtube dan melayan filem atau lagu Frozen.

Priyanka Chopra Jadi Puteri Elsa Dalam Bahasa Hindi!

Priyanka Chopra Jadi Puteri Elsa Dalam Bahasa Hindi!

Bintang Bollywood terkenal Priyanka Chopra Jonas mengumumkan akan meminjamkan suaranya untuk mengalih bahasa filem Frozen 2 ke bahasa Hindi.

Chopra Jonas, 37, memuat naik sebuah entri mengumumkan berita baik tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Mimi dan Tisha adalah Elsa dan Anna! #ChopraSisters akhirnya bergabung untuk filem Disney Frozen 2! Tak sabar untuk kalian menonton kami… maksud saya mendengar kami membawakan karakter ini dalam versi Hindi,” tulis Chopra Jonas sebagai kapsyen.

Dia akan meminjamkan suara bagi watak puteri ais Elsa yang dimainkan oleh pelakon Idina Menzel.

Manakala bagi Anna yang diperanankan oleh pelakon Kristen Bell, ia akan dialihsuara oleh sepupu Chopra Jonas yang juga merupakan seorang bintang Bollywood, Parineeti Chopra.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikutnya cukup teruja dan tidak sabar menantikan gabungan dua suara bahasa Hindi ini membawakan watak puteri Disney kegemaran ramai.

Frozen 2 adalah sekuel kepada filem Frozen yang ditayangkan pada tahun 2013.

Filem yang dijangka akan mendapat kutipan pecah panggung di seluruh dunia ini akan berada di pawagam pada 22 November ini.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *