Lambakan laman cari jodoh di internet pada hari ini sedikit sebanyak mampu membantu golongan yang masih belum bertemu pasangan hidup masing-masing. Namun persoalannya, adakah media sosial merupakan platform yang terbaik untuk mencari jodoh? Atau mungkin ada kesan di sebaliknya?
Tidak dinafikan, ramai juga antara kita yang bertemu jodoh di laman sosial, malah ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitt3r bernama Faye membantu rakannya iaitu Syafiqah Ghazali untuk mencari jodoh.
Menurutnya, rakannya itu sudah bersedia untuk menjadi isteri dan jika diizinkan Allah mahu mendirikan rumah tangga tahun ini.
Dalam perkongsian itu turut disertakan ‘link’ borang buat mereka yang berminat untuk mencuba nasib sebagai bakal suami rakannya itu.
Perkara itu turut dikongsikan page lain di Facebook iaitu Lawak Asia . Apa yang menjadi perhatian, ramai para isteri yang meninggalkan komen bimbang jika para suami mereka kononnya mahu mencuba nasib.
Tidak kurang juga, ramai yang terkedu melihat profile gadis itu yang sudah pun mengembara ke 20 negara dan pandai berbasaha Perancis.
Difahamkan, tuan badan iaitu Syafiqah mengesahkan dia sememangnya sedang mencari jodoh. Lebih mengejutkan dia menerima 2,000 permohonan yang mencuba nasib untuk menjadi bakal suaminya.
Dalam pada itu, gadis itu berkata dia terpaksa menutup permohonan berkenaan dan tidak sangka perkongsian rakannya itu akan tular.
Kredit:GulaPOP
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.