Gadis Ini Bengang Bila Teman Lelaki Suruh Bayar Ayam Penyet Asing

Gambar diatas sekadar hiasan

BAGI sesetengah orang, mereka sudah tentu mempunyai kriteria tertentu sebelum memilih seseorang jejaka atau wanita itu untuk dijadikan pasangan.

Pastinya dalam senarai check list masing-masing, individu yang bersikap kedekut atau suka berkira berada dalam kategori lelaki atau wanita yang ingin dihindari.

Ia ibarat red flag yang sekaligus membantutkan hasrat untuk seseorang meneruskan hubungan ke fasa seterusnya.

Menerusi ciapan di Twitter, pertanyaan seorang individu tentang pengalaman warganet yang pernah berpasangan mahupun date dengan individu yang bersifat ‘Haji Bakhil’ cukup meriah dengan pelbagai perkongsian.

“Kongsikan pengalaman anda date dengan lelaki or perempuan kedekut,” demikian ciapan yang ditulis oleh seorang pelayar di Twitter sehingga menyaksikan ia dibanjiri ribuan komen.

Antara yang menarik perhatian ialah perkongsian seorang wanita tentang pengalamannya berjanji temu dengan seorang jejaka yang sentiasa memberi alasan tentang masalah pengangkutan.

“Dia ajak keluar. Aku pickup. Sampai McDonald’s suruh aku jaga tempat dan dia pergi beli makanan. Dia sampai meja, ‘dah awak pula pergi beli’. Aku cakap aku kenyang. Tapi aku makan fries dia satu.

“Dia tegur, ‘jangan habiskan ya… nak letak dalam burger’. Hahaha,” kongsinya.

Menurutnya lagi, lelaki tersebut juga kerap memberi alasan seperti tiada kereta, motor rosak dan jarak yang jauh ketika mahu mengajaknya keluar.

kedekut 1

Sebahagian perkongsian cerita daripada warganet mengenai pengalaman masing-masing.

“Patutnya time hantar balik mintak duit minyak baru kena. Tapi part pesan jangan habiskan fries tu sumpah lawak,” komen netizen lain.

Selain itu, seorang wanita lain berkongsi kisahnya pernah bersuamikan lelaki yang berkira termasuk perbelanjaan keperluan dapur yang sememangnya menjadi tanggungjawab suami.

“Kes saya bukan dating, (tapi) kahwin dah. Beli barang dapur pertama kali selepas nikah. Dia bayar. Esok tengok dia tampal resit dekat peti sejuk. Hujung bulan kita kira katanya. That’s it. Dah jadi ‘ex’ (bekas suami) dah pun,” kongsinya.

Tambah wanita tersebut lagi, apa yang membuatkannya lebih tersentak adalah apabila terjumpa resit di mana bekas suaminya berbelanja barangan mewah secara sembunyi-sembunyi.

“Paling tak boleh terima, jumpa resit shopping for himself. Semua branded goods. Korek-korek jumpa semua barang tu dalam but kereta. Hati saya pecah berderai. Kemudian saya failkan penceraian,” katanya lagi.

Seorang gadis ini pula terkedu apabila perlu membayar makanan sendiri ketika keluar bersama seorang lelaki sedangkan harganya tidak lebih daripada RM10.

“Makan dekat kedai ayam penyet tepi jalan. Dia order, aku cari tempat. Dah habis makan, dia kata belum bayar lagi. Pergi kaunter ingatkan dua dua makanan belum bayar. Sekali akak tu kata ‘dia dah bayar, awak punya je belum dik’. Nasi ikan keli RM7 je pun,” kongsinya.

Sementara itu, ada antara warganet yang menitipkan nasihat terutama bagi mereka yang mempunyai pasangan suka berkira.

kedekut 3

Dalam perkongsian itu juga, ada wanita yang mengakui suaminya terlalu berkira walaupun wang perbelanjaan dapur adalah sebahagian daripada nafkah. Gambar hiasan

“Satu je nasihat. Lelaki first date kalau nak offer bayar, let them be. Jangan offer dulu sebab lama-lama dia terbiasa. Perempuan especially yang ada karier, dia tak hadap pun duit tapi lelaki kedekut ni buat diorang rasa turn off. Lepas tu mengungkit, angkat kaki saja!” tulisnya.

Namun ada yang berpandangan, perbelanjaan ketika keluar berjanji temu tidak seharusnya diletakkan di bahu lelaki semata-mata, sebaliknya masing-masing perlu mempunyai sikap tolak ansur.

“Bukan ke sepatutnya kalau dating, kenalah sama-sama keluarkan duit. Dah kahwin tu lain ceritalah.

Both side kena contribute. Dah kahwin lain cerita sebab dah jadi isu nafkah. Ini baru dating nak laki tanggung dah kenapa? Nafkah couple ke?” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini ciapan berkenaan diulang kicau melebihi 7,000 kali.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *