Gadis Kongsi Rakaman Daging Korban Masih Bergerak-gerak Lepas Buang Lemak

APABILA tibanya Aidiladha, tentu ada dalam kalangan umat Islam yang melakukan ibadah korban.Selain melihat upacara penyembelihan, kita juga pastinya ternanti-nanti untuk menikmati hidangan daging tersebut.

Di Temerloh, Pahang, seorang gadis berkongsi video daging lembu korban yang masih bergerak menerusi laman Twitter.Dikongsi pada pagi Jumaat, video itu sehingga kini meraih lebih 16,000 tontonan menerusi laman sosial itu.

Bercakap kepada mStar, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Tero mengakui terkejut apabila pertama kali menyaksikan kejadian itu.

“Lepas ayah bawa balik (daging korban) ke rumah, daging tu tak bergerak pun. Lepas mak saya buang lemak, terus bergerak. Sejuk kot.

“Saya ingat mak buat kelakar, sebab dia panggil saya… dia takut. Lepas tu saya datang, memang bergerak. Nasib tak melompat,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut pelukis berusia 22 tahun itu, daging berkenaan juga masih bergerak biarpun sudah digenggam dalam tangan.

Malah, akibat rasa takut, ibunya turut menyimpan daging itu dalam peti ais dan memilih untuk menyediakan juadah lain terlebih dahulu.

“Tak sampai 15 minit (daging bergerak). Sebab mak letak dalam peti, kalau tak mesti lagi lama berdenyut.Dia takut nak masak. Tunggu sehari dua baru masak. Mak saya tak nak tengok kot,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Dalam pada itu, netizen di Twitter turut meninggalkan komen menerusi posting video berkenaan.Malah, ramai yang turut berjenaka dan mengakui pertama kali melihat kejadian sedemikian.

“Letak dalam peti ais, kalau biar macam tu je, esok nanti dia jadi lembu balik.Dekat setiap daging ada muscle memory. Muscle memory ni akan membuatkan daging tu bergerak dengan sendiri walaupun dah dipotong. Apa-apa daging sekali pun.

“Memang macam ni kalau daging fresh lepas sembelih. Dulu masa first time nak potong, geli takut semua ada… lama-lama dah biasa,” tulis beberapa netizen.

Kredit:MstarOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *