Terkini, Punca Sebenar Ziyad Zolkefli Lewat 5 Minit Sehingga Pingat Emas Ditarik Balik Didedahkan (Video)

Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi, demikian dilaporkan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, dalam ciapan Twitter terbarunya.

Ia bermakna, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.

Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo semalam.

Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’ (bilik pemeriksaan).

Ia menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval, memenangi pingat emas dengan catatan 17.34m (diiktiraf sebagai rekod dunia) dan rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi, meraih perak dengan 17.30m.

Pingat gangsa pula menjadi milik peserta Greece, Efstratios Nikolaidis, dengan 15.93m.

Kronologi Rayuan Malaysia & Isu Bantahan Ukraine Terhadap Kemenangan Ziyad

Ziyad berkorban demi negara - Utusan Digital

Salam semua ! Maklumat terkini dari kontinjen Malaysia di Tokyo.

Sebagaimana maklum bahawa keputusan pertandingan Shot Put F 20 yang melibatkan atlit negara Mohd Ziyad Zolkifli yang telah beraksi cemerlang dengan dua kali memecahkan rekod dunia dan menduduki tempat pertama dengan lontaran 17.94 m telah dibatalkan oleh Pengadil Pertandingan ekoran dari kelewatan Ziyad dan dua atlit dari Ecuador dan Australia melaporkan diri ke pusat panggilan ( Call Rooms ) sebelum acara dilangsungkan.

Keputusan ini dibuat oleh pengadil pertandingan ekoran dari satu bantahan yang diterima dari atlet Ukraine bahawa ketiga-tiga atlit tersebut telah lewat melaporkan diri dan ini adalah bertentangan dengan Peraturan Pertandingan Olahraga World Para Athletic di Para 5 ( Failure To Report To The Call Rooms ) di mana seseorang atlit tersebut boleh dihalang menyertai pertandingan kerana kelewatan melaporkan diri atau pun dibenarkan menyertai pertandingan tertakluk kepada keputusan pengadil mengenai kesalahan kelewatan melaporkan diri ke pusat panggilan ( Call Rooms ) tersebut.

Sekiranya kesalahan tersebut terbukti dilakukan, maka keputusan atlit terbabit akan dicatitkan sebagai DNS.

Keputusan pertandingan bagi Ziyad dan atlit dari Ecuador dan Australia telah diputuskan sebagai DNS ( Did Not Start ).

Kronologi kejadian tersebut terjadi adalah kerana kelewatan yang didakwa berlaku apabila ketiga-tiga atlit masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke pusat panggilan tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan tersebut yang agak padat dengan atlit-atlit dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlit tersebut telah terhalang untuk memasuki pusat panggilan dan pada ketika itulah mereka didakwa telah lewat melaporkan diri.

Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlit tersebut sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke pusat panggilan.

Selepas merayu supaya dibenarkan masuk ke pusat panggilan, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan seperti tersebut di atas.

Semasa pertandingan berlangsung, pegawai pasukan Malaysia telah menerima pesanan ringkas bahawa terdapat bantahan rasmi terhadap penyertaan atlit negara dan atlit Ecuador dan Australia dan pengadil pertandingan mengklasifikasikan bahawa penyertaan ketiga-tiga atlit tersebut adalah bersyarat dan akan dianggap DNS. Pegawai Malaysia termasuk Ecuador dan Australia diminta hadir sekiranya ingin membuat rayuan terhadap keputusan pengadil tersebut.

Pada ketika itu Ziyad telah pun mencatatkan keputusan pecah rekod seperti yang disaksikan oleh seluruh dunia.

Kontinjen Malaysia diketuai oleh Ketua Kontinjen Datuk Seri Megat D Shahriman bersama-sama delegasi dari Ecuador dan Australia telah mengemukakan penjelasan dan seterusnya mengemukakan rayuan rasmi kepada Jkuasa Pertandingan Para Olahraga dengan memberikan justifikasi-justifikasi yang diharapkan dapat dipertimbangkan supaya penyertaan dan catatan yang dibuat oleh ketiga-tiga atlit tersebut sepatutnya dibenarkan dan bantahan Ukraine tersebut.

Sepatutnya bukanlah satu kesalahan yang disengajakan selain dari ketiga-tiganya telah pun dibenarkan bertanding tetapi keputusan Juri Rayuan Olahraga tetap memihak kepada keputusan awal pengadil pertandingan yang memutuskan bahawa kesalahan telah dilakukan oleh ketiga-tiga atlit tersebut.

Video:

Ini punca pembatalan penyertaan jaguh lontar peluru para negara Ziyad Zolkefli yang lewat melaporkan diri ke “çall room” atau stesen pendaftaran awal. Kelewatan itu berpunca kesesakkan atlet dari acara lain dan faktor cuaca. Ikuti penjelasan Hos Astro ARENA Azlan Mubin.

Sumber : Astro Awani / HarianPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *