Hafiz Suip Tiba Tiba Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37. Ini Jawapan Pengurus Hafiz Suip Bila Ditanya Sebab Kenapa

Penyanyi Hafiz Suip, 32, menarik diri dari pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) pada hujung November ini kerana terikat dengan urusan peribadi yang penting dan tidak dapat dielakkannya.

Pengurusnya yang dikenali sebagai Am berkata, dia selaku pengurus juga agak sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini.

“Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi.

“Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Hafiz sepatutnya berganding dengan Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu duet, Berakhir Pencarianku.

Am berkata, jika ada rezeki lagu itu layak dipilih bertanding di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) nanti, Hafiz mungkin akan ikut serta.

“Cuma, sekarang untuk SFMM37, masa tidak kena.

Terdahulu, berita Hafiz tarik diri dari SFMM37 dimaklumkan Nova Music (M) Sdn Bhd menerusi satu kenyataan.

Disebabkan Hafiz yang tidak dapat memberi komitmen, Nova Music turut menggantikan tempat Hafiz dengan penyanyi, Ahmad Syafiq, manakala Ernie digantikan dengan Wani Kayrie.

Berakhir Pencarianku dicipta Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.

Sebanyak 30 lagu dipilih berentap di SFMM37 yang bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini jam 3 petang.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *