Hantar Kereta Untuk Servis Sekali Bila Nak Ambil Kereta Hilang. Rupanya Ini Yang Berlaku

Seorang lelaki berputih mata apabila kereta miliknya dihantar ke sebuah pusat servis kenderaan untuk diselenggara di Ayer Keroh di sini hilang.

Mangsa, Tay Han Sin, 49, mendakwa, kejadian berlaku pada 25 Ogos lalu selepas dia menghantar kereta jenis Lexus RX300 F Sport untuk penyelenggaraan kali kedua di premis sama.

Menurutnya, beberapa jam selepas itu dia dimaklumkan kenderaannya dibawa keluar oleh seseorang selepas selesai proses penyelenggaraan.

DENNIS Lee Han Lim (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada Tay Han Sin (kiri) selepas mengadakan pertemuan dengan wakil sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh, Melaka.

“Saya berasa terkejut apabila pusat servis memaklumkan saya telah mengambil kereta, sedangkan saya baru hendak berbuat demikian.

“Semakan ke atas televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati terdapat seorang lelaki tidak dikenali mengambil kunci kereta tersebut,” katanya ketika ditemui di hadapan pusat servis itu hari ini.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan kenderaan tersebut.

“Saya hanya sempat menggunakan kereta itu selama enam bulan, saya perlu membayar ansuran lebih RM2,000 sebulan meskipun ia gagal dikesan sehingga kini,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *