Pada Hari Raya Pertama, Selangor Catat Kes C0VlD Tiga Angka. Menteri Besar Selangor Buat Kenyataan

SHAH ALAM: Hulu Langat kini merekodkan tiga angka kes aktif COV19 dengan pertambahan 36 kes baharu semalam.

Jumlah kes aktif di daerah itu kini 106 berbanding 70 kelmarin dan secara keseluruhan kes terkumpul adalah 592 kes.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Twitter memaklumkan Selangor mengalami peningkatan selama tiga hari berturut-turut.

“Hari ketiga catat peningkatan dan sebahagian besar disumbangkan kes Depoh Tahanan Imigresen iaitu 28 kes Depoh Tahanan Semenyih serta lapan kes Tabligh Madrasah An-Nabawiyah di Hulu Langat.

“Enam kes depoh tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan empat kes Kampung Orang Asli Tun Razak,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COV19 Selangor (STFC) di Twitter, Selangor mencatatkan 46 kes baharu COV19 setakat jam 12 tengah hari semalam.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul jangkitan COVID-19 di Selangor kini berjumlah 1,776 kes.

Sementara itu, tujuh daerah yang masih kekal berada di zon kuning adalah Petaling (26), Gombak (21), Sepang (11), Kuala Selangor (9), Hulu Selangor (15), Klang (4), dan Sabak Bernam (3) manakala Kuala Langat pula kekal di zon hijau.

Hingga kini, Selangor mencatat 1,502 kes sembuh manakala kes aktif meningkat kepada 150 dan kematian, 22.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *