Baru-baru ini timbul khabar angin yang mendakwa penerbit filem Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan Ira yang merupakan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi.
Isteri kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai desas-desus tersebut. Ketika dihubungi OhBulan!, Fatimah memohon agar media tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.
Kata Fatimah, dia akan menghubungi Kazar supaya berhenti mengugut anak lelakinya untuk berkahwin dengan Ira menggunakan modus operandi video palsu. Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih.
Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!
Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anak. Dalam pada itu, Fatimah menegaskan Syamsul memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan situasi yang sedang tegang.
Terdahulu, sebuah blog mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.
Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.
Laporan itu melaporkan Syamsul sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.
Sumber: Oh Bulan
Artikel terdahulu..
Datuk Yusof Haslam Respond Tentang Cerita Anak Dia Bercerai Kerana Perempuan Lain
Bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.
“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.
Yusof harap gosip anak bakal berkahwin dengan Ira (kanan) tidak benar.
“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan.
Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.
Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.
“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.
Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.
Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu.
Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.
Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.
Sumber : MSTAR ONLINE