Ibu Terkedu Tengok Keadaan Anak Setelah Dia Dipanggil Ke Sekolah, Punca Kejadian Buat Netizen Terpingga

Alangkh luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan oleh seorang guru melalui panggilan telefon.

Menurut ibu kepada mangsa, Nirwana, dia bergegas ke sekolah sebaik sahaja mengetahui tentang k3malangan yang menimpa anak lelakinya itu yang dikatakan terjatuh.

Apabila tiba di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya bengkok dan nampak seperti sudah patah.

“Sakit yang tiada tandingan apabila dapat tahu anak saya patah tangan dekat sekolah.Tiba-tiba cikgu dia call. Anak saya jatuh. Allahu,” tulisnya pada video tersebut.

Video tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bimbang melihat keadaan mengerikan tangan kanak-kanak itu yang terkulai.

Bercerita lanjut mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah. Bagai mana pun, terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut terjadi.

Pihak sekolah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan segera setelah berlakunya kemalangan itu.Dalam video kedua yang dimuat naik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa kit pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.

VIDE0

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa balik sekolah kawan dia tolak dari belakang.Pihak sekolah langsung call ambulans untuk segera datang.Masa tu ayah dia pun dalam perjalanan nak jemput anak balik sekolah,” jelasnya dalam video dimuat naik.

Sebaik sahaja video itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 660,000 setelah disiarkan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, netizen juga berharap ibu bapa di luar sana agar menasihati anak masing-masing supaya menjaga tingkah laku di sekolah atau di mana sahaja mereka berada.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai ibu bapa yang turut berkongsi mengenai pengalaman hampir sama terjadi kepada anak mereka ketika di sekolah.

K0men Netizen

“Gurau pelik-pelik budak sekolah ni. Semoga cepat sembuh.Adui sakitnya! Sebagai seorang ibu, air mata mengalir (mengenangkan) betapa sakitnya adik. Ini yang ditakutkan apabila hantar anak pergi sekolah.Melawak kasar tu. Allahuakbar tengok pun dah seriau. Semoga cepat sembuh.

Tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan oleh ibunya berhubung lokasi mahupun masa kejadian.Hantaran terakhir wanita ini di TkT0k menunjukkan anaknya menangis teresak-esak setelah tangannya dibalut kain anduh di sebuah hospital.

SUMBERMstr0nLiNe

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *