Salam Takziah Kepada Ella Dengan Pemergian Ibunda Tercinta

Ibu kepada ratu rock negara Ella Aminuddin iaitu Yang Asmah Long telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.

Berita itu dikongsi menerusi Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik oleh pentadbir (admin) akaun tersebut.

“Salam dan sejahtera . Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut menghulurkan ucapan takziah.

“@alifsatar: Innalillahiwainnailayhirojiuun… Salam takziah buat akak sekeluarga. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

“@nouruldepp: Innalillah… Al-fatihah. Salam takziah.

“@elizadsharifuddin: Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kak Ella dan keluarga . Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

“@zahidarafik: Al-fatihah.. Salam takziah buat Ella dan keluarga, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” antara yang ditulis.

Ucapan takziah juga daripada warga Gempak untuk keluarga Ella Aminuddin, moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *