Ibu Mertua Imam Muda Faris Akhirnya Bersuara, Dia Dedahkan ‘Rahsia’ Imam Muda Faris Yang Agak Memalukan

Nama finalis Imam Muda 2014, Syed Faris Syed Roslan menjadi buah mulut netizen apabila nekad menceraikan isteri pertama, Nur Hidayu Rosly selepas berkahwin dengan perempuan lain di Songkhla, Thailand ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu.

Syed Faris telah menceraikan Nurul Hidayu dua hari selepas ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 pada 28 Mei lalu.

Nurul Hidayu mendakwa dikasari oleh isteri muda Syed Faris dengan menendang, memijak dan memulas tangannya selepas habis berpantang melahirkan anak kelima mereka.

KANTOI CURANG BANYAK KALI!

Nur Hidayu bersama lima anaknya hasil perkahwinan dengan Imam Muda Syed Faris.

Ibu Nurul Hidayu, Zainab, mengesahkan kepada mStar bahawa menantunya itu sudah pernah beberapa kali kantoi curang dengan Nurul Hidayu.

Kata Zainab, dia kesal apabila mengetahui Syed Faris berpoligami dengan alasan membantu kewangan keluarga.

“Alasan yang dia bagi pada saya apabila tanya kenapa kahwin dengan perempuan itu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.

“Dia kata perempuan itu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlaku maksiat,” katanya.

Zainab reda dengan ketentuan ilahi dan ujian berat yang dilalui anaknya sepanjang usia 13 tahun perkahwinan.

Syed Faris dan Nurul Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10 Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3 dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sepanjang perkahwinan, Nurul Hidayu pernah mengalami empat kali keguguran.

Sumber: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *