Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenal kemudahan baharu dikenali sebagai i-Citra, membabitkan pengeluaran sehingga RM5,000.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos.
Beliau berkata, secara keseluruhan pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
“Menerusi i-Citra seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
“Namun ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos ini.
“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di sini.
RESPOND RAKYAT TERHADAP PENGUMUMAN PM
“Kita wait n see..Tak semua rakyat dpt bntuan yg disenaraikn ni..Ade je Alasan nye Tak layak la ape la..duit masuk pn bln ogos..abes bln July nk mkn ape ek..dah la xblh kje..apooolaaa”
ADA YANG TIADA KWSP BAGAIMANA?
“Kenapa anda begitu kejam terhadap kami?? kami yg tiada pendapatan dan tiada kemampuan untuk bekerja kerana faktor kesihatan, memerlukan pengeluaran kwsp seperti i-sinar. Anda hanya bersenang lenang membuat polisi padahal kami yg bergelut mencari duit untuk makan, beli ubat, bayar sewa, bayar tunggakan semua, bulan julai mana saya nak cari duit??? i-sinar saya dapat keluarkan 3k sebulan tapi i-citra hanya 1k, mana saya nak cari selebihnya??? dah lah bila tiada duit, kemurungan akan datang… ada kalanya ada rasa nak bunuh diri! Anda puas hati membenarkan i-citra sebagai langkah menyenangkan rakyat??? anda silap, anda kejam!!! ramai yg akan bising dan hentam anda!!!!
Duit KWSP Duit Kami
Duit KWSP duit kami, kenapa Kami tak boleh nak keluar selesaikan hutang, nak tunggu berapa ramai lagi rakyat yg terpaksa berjolok bergadai, yg dah mental sampai nak bunuh diri pun ramai, Mari Cuba duduk tempat rakyat ni, semua kena bayar bukan dapat free, kerja mcm nak mati semata nak bayar hutang
Sumber : BHARIAN ONLINE / FB MUHYIDDIN YASSIN