Selepas harga sotong RM100 yang dijual di restoran nasi kandar di sini, kini tular pula harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin RM18 yang disifatkan terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Perkara itu tular di dalam media sosial Facebook hari ini selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, dekat sini.
“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.
“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik menerusi laman Facebook hari ini.
Bagaimanapun nama restoran tidak didedahkan menerusi catatan pada laman Facebook itu.
Berdasarkan bil yang turut dimuat naik, pelanggan berkenaan turut membeli lauk ikan jenahak berharga RM90; sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan jumlah bil keseluruhan RM122.
Gambar Resit
Komen Netizen:
“Takpalah dah order, dah makan, dah hadam, dah cerna, dah ke loji indah water pun… Halalkanlah nanti lain kali beringat sudah”
“Kemarin tgk d pasaraya, kailan sepokok rm2.60 lbh krg. Mgkin sayur mahal”
Sumber : Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.