Bagi yang pernah bertandang ke rumah keluarga pasangan, pasti faham betapa sukarnya mengawal perasaan malu berjumpa mereka.
Lebih segan lagi, bilamana kehadiran kita disambut dengan meriah sepertinya telah lama mengenali antara satu sama lain.
Keluarga pakwe sambut meriah kedatangan ke rumah
Misalnya seperti yang dilalui oleh gadis ini, yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Tkt0k.
Dalam paparan tersebut, menyaksikan kemeriahan keluarga besar teman lelakinya menyambut kedatangannya ke rumah untuk beraya.
Suasana jadi riuh, ditambah pula dengan usikan daripada ahli keluarga lelaki yang meminta agar nenek merestui hubungan mereka.
Nenek bagi ‘green light’
Walau bagaimanapun, dia terlihat tenang dengan mempamerkan senyuman sewaktu bersalaman dengan nenek kepada teman lelakinya.
Dan siapa sangka, kedengaran suara wanita itu memberitahu bahawa dia merestui hubungan cucu dan bakal cucu menantunya itu membuatkan suasana makin riuh.
Nenek pun restu
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya tumpang bahagia dengan penerimaan keluarga pihak lelaki terhadap hubungan mereka.
“Muka tenang, dalam hati dia je tahu”
Selain itu, ada juga yang meluahkan keterujaan melihat kemeriahan sewaktu dia disambut oleh keluarga besar pihak lelaki sekaligus memungkinkan bahawa ia satu petanda yang baik.
SUMBER: yupbella/Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsi kan seperti berikut.