Imam Masjid Putra Jelaskan Sendiri Kenapa VIP Boleh Masuk Walau Datang Lambat Tapi Orang Awam Duduk Luar Pagar (Video)

ihak Masjid Putra Putrajaya memohon maaf sekiranya wujud sebarang kekhilafan dipihaknya berhubung isu video tular yang kononnya pihaknya memberikan layanan berbeza kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Masjid Putra menjelaskan pihaknya telah menetapkan kapasiti jemaah seramai 300 orang bagi mematuhi peraturan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu kehadiran mereka.

“Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid,” katanya.

Imam Besar Masjid Putra Terpaksa Jelaskan Perkara Sebenar

Menerusi satu LIVE di Facebook, Imam besar Masjid Putra, Putrajaya menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya sehingga tular video tersebut.

Menurut beliau, VIP yang dikatakan datang lewat adalah dari pejabat kerajaan. Kuota untuk pegawai kerajaan adalah 30 orang sahaja daripada kuota masjid 300 orang.

Beliau juga memberitahu bahawa video tersebut tidak sepatutnya viral kerana ia telah menabur fitnah dan Imam Masjid, Ikmal Zaidi Hashim memberitahu bahawa dia tidak redha dengan apa yang berlaku.

Beliau memberitahu masjid hanya mengikut SOP dan jumlah jemaah adalah ‘First Come FIrse Serve Basis’. Jadi jika yang datang awal pasti dapat masuk dan yang lewat atau kuota penuh akan diminta pulang.

Penjelasan penuh boleh tonton video di bawah. Bermula dari minit ke 31.

Setiap minggu Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan dengan ada yang menunggu sejak jam 11.00 pagi lagi untuk menunaikan solat Jumaat.

Tambahnya lagi pihak pentadbiran masjid akan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan. Sebarang cadangan dan maklumbalas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya lagi.

Sebelum ini tular video memaparkan seorang kenamaan (VIP) yang baharu tiba kelihatan terus memasuki Masjid Putra ketika beberapa jemaah lain dilihat sedang menunggu giliran.

Sumber : Astro Awani / FB Ikmal Zaidi Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *