Influencer Ini Muatnaik Menangis Ketika Pegang Kaabah. Sekali Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur

Seronok rasa hati bila seseorang umat Islam dapat pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah atau Haji.

Trend zaman sekarang adalah semua perkara harus dirakam untuk tatapan terutama selebriti media sosial.

Perkara ini bukan pelik malahan sudah biasa terjadi pada zaman sekarang. Tetapi kadang kadang yang dirakam kita tidak sedar ada kesalahan.

Rakam Video Menangis Dapat Sentuh & Cium Kaabah, ‘Influencer’ Ditegur Netizen

“Ni Pun Nak Buat ‘Content’ Ke?” – Rakam Video Menangis Dapat Sentuh & Cium Kaabah, ‘Influencer’ Ditegur Netizen

Pempengaruh dan usahawan, Adira Salahudi telah memuat naik video ketika dia berada di Mekah di mana rakaman itu meraih perhatian ramai warganet.

Menerusi video dimuat naik di akaun Instagram Adira, dia dilihat sedang menangis terharu kerana dapat memegang dinding Kaabah ketika berada di sana untuk menunaikan umrah.

Adira yang berpakaian serba putih itu berjaya berada di depan sekali dan dilihat mencium Kaabah berkali-kali sambil menangis teresak-esak.

Meskipun dihimpit ramai orang yang turut tidak mahu melepaskan peluang untuk menyentuh dinding Kaabah, Adira dilihat tidak berganjak dari situ.

VIDEO:

 

Menjengah ruangan komen ramai yang berasa cemburu dan teringin lalui pengalaman seperti Adira yang dapat memegang Kaabah.

Mereka akui turut berasa sebak selepas menonton video Adira dan ada yang berkongsi pengalaman mereka ketika menunaikan umrah.

Namun, sesetengah netizen menyindir Adira kerana merakam situasi itu dan memuat naik video tersebut di media sosial.

Ada yang menegur Adira tentang anak rambutnya yang terkeluar dan berkata seharusnya dia menutup aurat dengan lebih sempurna ketika melakukan ibadah umrah.

Menerusi Instagram story, Adira bagaimanapun berkata setiap orang ada dua pendapat yang berbeza berkenaan tindakannya merakamkan situasi itu.

Sumber : Beautiful Nara / IG Adira Salahudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *