Ini Harga Tiket Yg Dijangka Untuk Seorang Sekiranya Ingin Masuk Taman Tema Genting Skyworld

Taman tema Genting Skyworlds dijangka dibuka pada suku pertama ini dengan kadar tiket hariannya adalah sekitar RM200, demikian menurut Affin Hwang Investment Bank.

Bank pelaburan itu di dalam nota penyelidikannya berkata, taman tema berkenaan mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari, namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari.

“Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan, kami percaya taman hiburan ini berkemungkinan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal.

“Bagaimanapun, pada pandangan kami Genting Malaysia (GENM) masih akan meneruskan pembukaannya, kerana objektif utama taman hiburan ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland, dengan menambah baik kemudahan bukan perjudian.

Taman tema Genting Skyworlds

“Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun sebanyak 6,600 sehari atau 2.4 juta pengunjung pada tahun 2014.

“Berdasarkan petunjuk pengurusan sebelum ini, bayaran masuk akan menyamai dengan pesaingnya yang lain. Kami menjangkakan GENM akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, walaupun taman tema baharu itu dijangka memberi rangsangan kepada jumlah lawatan secara keseluruhannya, ia meragui Genting Skyworlds akan menjadi pemangkin penarafan semula untuk saham.

Katanya, ini memandangkan kebanyakan penganalisis dan pelabur mengambil kira kesan daripada pembukaan dalam kiraan mereka, apabila pengurusan sebelum ini sudah memberi panduan bahawa mereka mula melakukan ujian di taman tema itu sejak suku keempat 2021.

Genting Skyworlds Theme Park Set To Open Doors In Early 2022! - Klook Travel BlogKlook Travel

“Bagaimanapun, mungkin terdapat risiko kepada harga sahamnya jika taman tema ini ditangguhkan pembukaannya selepas separuh pertama 2022, kerana ia akan melembapkan sentimen pelabur terhadap saham GENM,” katanya.

Ia berkata, walaupun taman tema baharu itu boleh membantu meningkatkan tawaran bukan perjudian GENM, syarikat itu masih berada dalam keadaan yang kurang menguntungkan untuk bersaing bagi mendapatkan pelanggan VIP dan premium, kerana rejim cukai perjudian semasa di Malaysia tidak kompetitif berbanding negara serantau.

“Dengan tindakan keras baru-baru ini di Macau oleh kerajaan China, kami juga menjangkakan persaingan akan semakin sengit dalam segmen premium dan VIP.

Genting Skyworlds

“Walaupun pendedahan GENM kepada pelanggan VIP China adalah kecil, kami percaya bahawa kasino serantau akan cuba memikat pelanggan premium massa dan VIP sedia ada GENM dengan tawaran dan rebat yang lebih baik untuk membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh tindakan keras kerajaan China.

“Kesannya berkemungkinan besar akan dirasai pada sebahagian 2022 dan pada 2023, apabila pelancongan antarabangsa mula disambung semula, memandangkan ia masih disekat dengan keperluan kuarantin yang berterusan,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *