Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus Bila Ditanya Tentang Isu Ikan Siakap Viral Yang Harga Sampai Beribu (Video)

Sejak beberapa hari lalu, kisah pelanggan yang mendakwa menjadi mangsa ‘cekik darah’ sebuah restoran di pulau peranginan Langkawi menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan dakwaan yang dibaca di media sosial, pelanggan berkenaan berkongsi cerita terpaksa membayar RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram.

Rata-rata netizen menyebelahi pelanggan berkenaan dan menyifatkan tindakan pemilik restoran menjual hidangan ikan siakap pada harga sedemikian sebagai melampau.

Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Jawi nafi larang Ustaz Azhar Idrus berceramah - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Di dalam satu kuliah yang dikendalikan oleh Ustaz Azhar Idrus, dia ditanya tentang isu ikan siakap viral apakah hukum di dalam isu tersebut.

Menurut Ustaz Azhar Idrus perkara ini haruslah berbalik pada akad menjual beli dimana pembeli harus tahu apa yang dibeli dan ada akad (harga) yang dipersetujui.

Ustaz Azhar Idrus menegur peniaga supaya bersikap jujur dalam menjual, beliau mengambil contoh dimana ikan siakap disangkakan bersaiz 1-2 kg tapi yang sampai 10kg,

Jika kita tidak bersetuju janganlah dimakan ikan tersebut. Mari dengar penjelasan penuh Ustaz Azhar Idrus

Kenapa ikan siakap di Langkawi dijual pada harga RM1,196 seekor? Ini penjelasan pemilik restoran

Siakap RM1,196 cuma makan ikan kecil bukan dedak - Kosmo Digital

Menurut pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa, ada sebab kenapa hidangan harga ikan berkenaan dijual pada harga RM1,196.

Katanya, selama 11 tahun diternak, ikan siakap itu diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti ikan komersial lain.

“Kita tak bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap kepada ikan-ikan yang dibela di dalam sangkar di sini.

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu, berapa banyak kos untuk ikan tu? Berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan, tak mungkin saya nak jual dengan harga seperti ikan yang seberat dua kilogram?” katanya kepada wartawan ketika ditemui di restoran tersebut di Taman Geoforest Karst Kilim di sini, hari ini.

Selepas menerima tempahan dan sebelum ikan berkenaan dimasak, pelanggan berkenaan, kata Norasyikian, sudah dimaklumkan berulang kali bahawa ikan siakap yang diingini itu adalah ikan pameran dan berusia 11 tahun.

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Rujukan : Astro Awani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *