Baru baru ini kecoh di sosial media apabila berita mengenai anak sulung Neelofa mendapat duit raya sebanyak RM14 ribu ringgit menjadi bualan netizen.
Rezeki si kecil, pasangan selebriti popular Neelofa dan Haris Ismail mengakui tidak menyangka jumlah kutipan duit raya anak sulungnya.
Kata pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu, pengiraan duit raya milik Bilal yang baru berusia empat bulan itu dilakukan sebelum mendaftar untuk membuka akaun bank.
“Sebenarnya kami tidak perasan pun (jumlah duit) sebab masa itu memang kira sebelum buka akaun bank untuk Bilal. Apabila kira-kira dan jumlahnya, alhamdulillah.
“Yang datang (beri duit raya) pula kawan-kawan mak kami, saudara mara dari Kelantan dan Besut, Terengganu. Rezekilah si kecil itu,” katanya dalam program MeleTOP malam tadi.
Nabil Tutup Muka Gurau Bilal Tk Sedia Dedah Wajah
Neelofa dan suami PU Riz telah hadir di rancangan Meletop baru baru ini dan ada satu segmen dimana PU Riz diminta untuk memakaikan lampin pada anak patung bayi.
Tapi apa yang menjadi perhatian apabila Nabil mengangkat patung bayi tersebut dan terus menutup muka patung tersebut.
Nabil beritahu ‘Bilal’ belum bersedia untuk tunjuk muka. Secara spontan terus Neelofa pukul Nabil dengan mikrofon.
VIDEO:
KOMEN NETIZEN:
“Muka Xtunjuk pun dapat kuptip duit raya 14k”
“Bila la dpt nengok muka ank lofa ni.Susah sngt nk tunjok.Agaknya trlampau ensem kot ramai yg nk buat menantu”
“Dia memg kalau tunjuk muka akan kena pyakit ain oo.. kalau tunjuk duit tak kenaa . em em bgitu la khidupan”
Artikel berkaitan ..
Panahan cinta Neelofa, PU Riz
Selebriti popular Neelofa berkongsi dia mula jatuh cinta dengan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ketika menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.
Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi program MeleTOP yang disiarkan di saluran Astro Ria, semalam, berkata, PU Riz adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.
“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.
“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya.
Menerusi rakaman dimuat pengguna aplikasi TikTok, PU Riz kelihatan tersipu malu selain beberapa kali mencelah ketika isterinya berkongsi detik manis itu.
“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya.
Sepanjang perkongsian itu juga, pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein tidak melepaskan peluang untuk mengusik pasangan itu.
Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan. – HMETRO ONLINE
Artikel : AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.