Ramai Yang Disitu Tuduh Anggota Polis Sengaja Sepak Motorsikal Hingga Jatuh. Ketua Polis IPD Tampil Jelaskan Apa Sebenar Berlaku

Polis menafikan tuduhan tiga anggotanya menen.dang dua lelaki yang menaiki motosikal sehingga menyebabkan kema.langan dan mengalami kece.deraan di Tanjung Tokong di sini pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk menuduh anggota polis terlibat sengaja menen.dang motosikal yang dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kema.langan.

Menurutnya, hasil siasatan awal, kejadian berlaku pada jam 5.20 petang, Ahad di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Tanjung Tokong di sini.

“Dalam kejadian itu, tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang sedang membuat rondaan di Jalan Sri Tanjung Pinang telah terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Polis telah mengarahkan untuk berhenti, namun mereka ingkar malah turut memecut motosikal untuk melarikan diri.

“Anggota URB kemudian .dan apabila tiba di lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya, motosikal yang dinaiki dua lelaki tersebut tidak berhenti lalu berlang.gar dengan sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah pusat bandar menuju ke Tanjung Bungah itu gagal mengelak lalu melang.gar kedua-dua lelaki tersebut.

KENYATAAN RASMI PDRM

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

One comment

  1. Pd Pandangan Saya, Ni masa PKP.
    1, Budak2 tu nonggang n bonceng motor khabarnya x pakai Helmet.
    2, Apa hal merayau d masa PKP. Jika keluar nk beli mkn / barangan keperluan dapur, kenapa x pakai helmet.
    3, Kami selepas terima vidio ni, selang beberapa jam, ada individu hantar wsp, katakn kejadian sebenar mereka yg pecut dari arahan polis minta berhenti, pecut pengecut n langgar lampu merah , seterusnya ada kereta x dapat mengelak/ d elakn.
    4. Pd Saya, orang awam yg melatah gini, siap menyumpah, Dlm islam, ia x sepatutnya jadi begitu. Malah kekecohan beberapa individu turut menyukarkn penyelamatan remaja2 tu.
    5. Saya ulang, x pakai helmet tu pun dah tunjukn sifat remaja2 tu. Pd keluarga saya ucap takziah n bersabar.
    Semoga adik2 ni d permudahkn urusan, d percepatkn kesembuhan.
    Pd Anggota polis yg terlibat, bertabahlah, bermacam liku dlm tugasan.
    Semoga Kita semua d lindungi n d Rohmati. Amiinn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *