Ismail Sabri Beritahu Apa Sebenar Berlaku Bila Pakatan Harapan Datang Jumpa Barisan Nasional Hari Ini

“Tidak ada pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH),” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ringkas selepas tamat sesi sidang media membabitkan 26 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bercanggah apabila kehadiran beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di lokasi sama sejak jam 10 pagi lagi.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, mereka juga belum menandatangani Akaun Bersumpah (SD) bagi memilih calon Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan persekutuan.

“SD tak ‘sign’ lagi. Tetamu (PH) datang sini, takkan tak layan. Kita borak-borak, salam-salam. Macam biasa.

“BN akan meminta penangguhan penyerahan SD kepada Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Artikel berkaitan..

Akuan bersumpah Ahli Parlimen BN tak sah – Zahid

Mana-mana Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) yang menandatangani sebarang dokumen terutama akuan bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu melanggar Perlembagaan parti.

Beliau pada masa sama berkata, sehingga kini BN tidak melakukan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk Perikatan Nasional (PN).

Sumber: HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *