Ismail Sabri Beritahu Tiada VIP Atau Selebriti Yang Akan Terlepas Hukuman Jika Langgar SOP, Sekali Syed Saddiq Keluarkan Kenyataan Yang Pasti Buat Ismail Sabri Terdiam

KERAJAAN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk golongan selebriti dan orang kenamaan (VIP), yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang yang ada dalam negara kita. Semua rakyat tidak kira siapa, VIP ke tak VIP ke.

“Semuanya tertakluk kepada undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang dan SOP, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media harian Covid-19, petang Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan sejak kebelakangan ini mengenai golongan selebriti yang didakwa berkunjung ke tempat pelancongan memandangkan Kuala Lumpur dan Selangor masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di mana merentas negeri masih tidak dibenarkan.

Situasi yang berlaku sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak yang merasakan wujudnya ‘double standard’ dalam penguatkuasaan SOP.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mendedahkan bahawa beliau turut menerima maklumat berkaitan pelanggaran SOP.

“Saya menerima setiap hari… gambar-gambar yang dihantar kepada saya mengenai berlaku pelanggaran SOP. Minta saya tangkap mereka ini.

“Saya nak jelaskan bahawa kerajaan menyediakan peraturan-peraturan, hukuman, kompaun dan sebagainya berdasarkan kesalahan yang dilakukan,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak polis, Jabatan Kesihatan atau sesiapa yang diberikan kuasa di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Jadi, kalau ada kes tak kiralah melibatkan selebriti ke sesiapa saja, kalau kita tahu kes itu berlaku… lapor kepada polis. Maka polis akan ambil tindakan.

“Saya pun kadang-kadang apabila dihantar kepada WhatsApp saya dengan gambar-gambar yang lengkap, saya akan forward juga kepada polis sebab bukan kuasa saya untuk mengambil tindakan menangkap atau menghukum sesiapa.

“Terserah kepada polis untuk mengambil tindakan atau tidak,” kata Ismail Sabri.

Pada masa ini, rentas negeri hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.

Syed Saddiq Turut Persoal Tentang Isu Ini

Sumber:Mstar & Twitter_Syed Saddiq

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *