Penyanyi, Ismail Izzani, 22, mengelak bertemu media ekoran kontroversi video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah pusat hiburan yang tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Ismail enggan bertemu media selepas persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagi Habis Sini di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusannya dan penyanyi itu dilaporkan sudah pulang walaupun SFMM37 masih berlangsung.
Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki mirip wajah Ismail merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan lehernya.
Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya.
Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen apabila rata-rata mengecam perbuatan tidak bermoral itu.
Namun, ini bukanlah kali pertama penyanyi berkenaan terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.
Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi.
Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa penyanyi lagu Luar Biasa itu mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur, namun ibunya menafikan berita itu dan menyifatkan dakwaan itu hanyalah gosip liar.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.