Isteri ‘Check’ CCTV Nampak Suami Bawa Wanita Lain Masuk Rumah, Rupanya Ini Yg Isteri Itu Jumpa

Isteri mana yang tidak akan kecewa apabila melihat suami yang berjanji akan setia bersama curang dibelakangnya. Begitu juga kisah seorang wanita di Indonesia ini apabila suaminya kantoi curang berdua-duaan dengan wanita lain di dalam rumah mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh si isteri dikenali sebagai Rina Yuliaana di TikTok, berkongsi detik hitam yang tidak akan dilupakan olehnya apabila melihat si suami membawa wanita lain masuk ke dalam rumah.

Walaupun hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, namun dia tidak menyangka bahawa si suami akan mengkhianati cinta mereka dengan cara yang paling keji.

Segalanya terbongkar apabila wanita berkenaan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang olehnya secara senyap-senyap.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika dia keluar bekerja untuk mencari nafkah buat keluarganya.

Hampir 9 tahun bersama tak jamin kau tahu segalanya tentang suami kau. Aku fikir kepercayaan adalah kunci sesebuah hubungan tapi rupanya kepercayaan adalah senjata yang membunuhku.

Bahkan aku tak kenal dengan kau yang aku jadikan sebagai suami. Aku nampak b*d*h tak sedar aku dah dikhianati sebelum kapal kita berlayar.

Kantoi bawa ramai wanita masuk rumah

Bukan itu sahaja, rupa-rupanya jiran mereka memberitahu bahawa si suami pernah membawa masuk beberapa rakan sekerjanya di rumah sejak Jun lalu.

Malah, salah seorang daripada wanita terbabit sedang mengandung anak luar nikah dan mereka berusaha untuk menggugurkan kandungan berkenaan.

Lebih menyedihkan lagi apabila suaminya tidak pernah meminta maaf atas perbuatannya, namun memfitnahnya dengan mengatakan wanita tersebut adalah isteri yang tidak baik demi menutupi segala kesalahannya.

Sampai hari ini kau tak mengaku bahkan meminta maaf. Kau fitnah aku sebagai isteri yang tidak baik untuk menutupi semua kesalahanmu.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA ARIN (@rinayuliaana)

Sumber : rinayuliaaana, Nona Arin via OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *