Isteri Shuk, Rossa Tunjuk Anak Dia Menangis Kerana Rindukan Ayah Dia. Netizen Cakap Shuk SibukSkandal Sampai Lupa Anak

Polemik rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar dilihat seperti tidak berpenghujung.

Ada sahaja rentetan isu terbaharu yang terkait dengan dirinya sejak ditangkap curang tidak beberapa lama dahulu.

Sungguhpun masih belum dipastikan status terkini antara Shuk dan isterinya, Sera, namun, banyak dalam kalangan pengikut di media sosial meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sera melahirkan rasa sedih apabila melihat anak kecilnya menangis merindui Shuk.

“Anak Dibiarkan, Sibuk Enjoy Dengan Perempuan Lain” - Netizen Simpati Anak Shuk Menangis Rindukan Bapanya

“Perkara yang paling sakit ialah mendengar tangisan seorang anak yang merindui ayahnya. Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anak-anak ku.

Jadikanlah aku seorang yang tabah untuk menjadi ayah buat Aimi Ain,” tulis Sera.

Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai yang melahirkan rasa simpati, selain ada juga yang mengkritik Shuk.

“Anak dibiarkan. Sibuk enjoy dengan perempuan lain,” getus seorang netizen.

“Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat Kak Sera dalam membesarkan anak tanpa seorang suami dan ayah. Semoga ada sinar kebahagiaan suatu hari nanti,” tulis seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Sera dilihat pergi Mahkamah Syariah Jalan Duta. Namun, wanita itu mengunci mulut mengenai tujuannya ke sana.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *