Ada Yang Kata Izreen Tarik Balik Mohon Maaf Pada Bekas Madu Selepas Padam Posting. Izreen Tampil Beritahu Perkara Sebenar

TINDAKAN Izreen Azminda memadam posting permohonan maaf kepada bekas madunya, Intan Saleh selepas program Melodi Raya bersiaran pada Ahad menjadi persoalan netizen.

Menjawab persoalan itu, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, berkata dia memilih untuk ‘menyimpan’ posting itu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tidak delete posting itu, ada sahaja… cuma saya archieve. Jangan salah anggap, tidak bermakna posting tu dah tiada, saya tak jadi minta maaf.

“Apa yang saya ucap memang saya maksudkan.

“Walaupun posting itu dah tiada ia tidak memadam niat awal saya untuk memohon maaf sebab saya cuma nakkan kedamaian… itu sahaja,” katanya kepada mStar.

Walaupun teruk dicemuh disebabkan pertemuan kedua-dua mereka menerusi program hiburan itu, Izreen berkata dia tetap berterima kasih kepada netizen yang masih lagi memberikan sokongan serta kata-kata positif buat dirinya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada netizen yang beri komen baik-baik pada saya,” ujarnya lagi.

Isu tercetus selepas permohonan maaf yang dibuat Izreen kepada Intan dalam Melodi Raya dianggap tidak ikhlas dan telah menggores hati Intan.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah-olah belum lagi memaafkan aktres berkenaan dan memberitahu dia menerima undangan ke program berkenaan atas dasar profesional.

Sekitar tahun 2017, berita perkahwinan Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mendapat perhatian netizen.

Izreen menerima kecaman netizen dan dituduh perampas memandangkan ketika itu suaminya sudah mempunyai seorang isteri iaitu Intan Saleh.

Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.

Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2.

Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *