Jalan Sudah Mula Sesak Teruk Nak Balik Raya, Netizen ‘Update’ Keadaan Semasa Dan Bagi Pesan Dekat Orang Ramai

Lagi beberapa hari Ramadhan bakal berlalu pergi, Syawal pula menjengah tirainya.

Tak sabar nak sambut raya, ramai yang mula ‘update’ keadaan semasa menunjukkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di lebuhraya dalam perjalanan pulang ke kampung.

Rancanglah perjalanan pulang ke kampung, 2 tahun tak balik

Beberapa perkongsian di Tkt0k menunjukkan semangat orang ramai yang menempuh sesak lebuhraya hingga ada yang difahamkan sehingga 14 jam duduk saja dalam kereta.

Harini je dah jem teruk dari 8am

Balik raya awal pon jem mat, siapa ada nasi lemak nak sahur

Hinggakan ada yang bertolak dari malam, sampai subuh pon masih belum tiba di kampung halaman lagi.

Jem ni lah menaikkan mood raya

Di ruangan komen, para netizen nampak sangat teruja dan gembira kerana dapat dilihat ‘mood raya yang berkobar-kobar dalam diri masing-masing selama 2 tahun sunyi sebelum ini.

Rancang balik beraya

Beberapa hari lagi kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pengecualian bayaran tol bagi Lebuhraya PLUS dan LPT serta diskaun antara 30 hingga 50% di lebuhraya yang lain, sudah pasti memberi keterujaan kepada penguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman.

Pengecualian bayaran tol ini sudah pasti memberi nafas kelegaan kepada banyak individu yang terkesan akibat wabak C0vdl9. Walaupun fasa pandemik telah bertukar kepada endemik, kelembapan ekonomi masih lagi terasa. Di sebalik kegairahan untuk balik ke kampung halaman dan raya yang tertangguh selama dua tahun, jangan lupa keselamatan ketika di jalan raya. Pastikan kenderaan telah diservis dengan sempurna.

Ketika di lebuh raya, penguna jalan raya perlu bersabar sekiranya berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku semasa dua hari pengecualian tol, iaitu pada 30 April hingga 1 Mei 2022 (Sabtu dan Ahad). Jangan memotong barisan atau mengunakan laluan kecemasan serta patuhi had laju di lebuhraya. Dapatkan rehat yang secukupnya dan kawal emosi semasa di jalan raya.

Sekiranya penat atau mengantuk, rehat dulu di hentian Rehat dan Rawat (RnR) yang terdapat di sepanjang lebuh raya. Memandu dalam keadaan berhemah dan bertimbang-rasa terhadap penguna jalan raya yang lain. Jangan culas untuk memakai tali pinggang keselamatan bagi tempat duduk belakang dan hadapan serta pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak. Bak kata motto kempen keselamatan jalan raya yang popular, “Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang”. Penguna jalan raya yang ingin mengelakkan kesesakan lalulintas boleh lah memulakan perjalanan mengikut saranan pihak PLUS. Pihak PLUS telah menyarankan agar memulakan perjalanan sebelum pukul 10.00pagi bagi yang hendak ke negeri berikut: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor

SUMBER:whoeika/sheha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *