Kegembiraan Janna Nick Menang Di ABPBH Sekejap Sahaja Apabila Teman Lelaki Dia Terpaksa Masuk H0spital. Janna Beritahu Sebab Kenapa

SEHARI selepas meraikan kejayaan kekasih hatinya Janna Nick yang merangkul Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-34 (ABPBH34), pelakon Dini Schatzmann dimasukkan ke hospital kerana demam dan jangkitan kuman.

Menurut Dini atau nama sebenar Dini Azan Schatzmann, 27, dia mengalami demam ‘on off’ sejak beberapa hari lalu hinggalah terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada Ahad.

“Saya dah demam sejak beberapa hari lalu… sudah buat beberapa kali ujian Covid-19 dan semua keputusan negatif.

“Pada Ahad saya pergi hospital dan doktor dapati ada jangkitan bakteria. Jadi sekarang ni saya sedang berehat dan dapatkan rawatan di hospital.

“Sebelum ini saya ada banyak penggambaran outdoor, mungkin sebab cuaca saya jatuh sakit. Doktor bagi ubat drip dan Alhamdulillah keadaan semakin baik,” katanya kepada mStar.

dini 2

Dini dapatkan rawatan di hospital.

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Instastory, Janna atau Nurul Jannah Muner berkongsi foto di memegang tangan kekasihnya yang sedang terbaring di katil hospital.

“Poor baby Dini Schatzmann,” tulis Janna.

Dalam pada itu, aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland ini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengikut di media sosial yang mendoakan kesihatannya itu.

“Terima kasih kepada mereka yang beri kata-kata semangat dan mendoakan semoga saya cepat sembuh.

“Alhamdulillah keadaan saya sekarang baik-baik sahaja dan tak sabar nak meneruskan kerja seperti biasa,” ujarnya.

janna1

Busana digayakan Janna dan Dini menarik perhatian peminat.

Pada malam kemuncak ABPBH34, pasangan ini menarik perhatian ramai apabila tampil dengan fesyen berbeza mengenakan topeng penuh.

Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.

Rata-rata pengguna Twitter melabelkan pasangan itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia.

Janna merangkul anugerah utama selepas meraih 86 juta undian daripada peminat, selain itu dia turut membawa pulang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *